Harry Maguire: Kalau Saya Tak Bagus Takkan Saya Main Setiap Perlawanan
Dunia
Sky Sports
Advertisements

Kapten pasukan Manchester United, Harry Maguire menyelar semula tuduhan yang dilemparkan terhadapnya susulan prestasi kurang memberangsangkan bersama pasukan pada musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu menerima pelbagai bentuk kecaman selepas kecuaiannya telah menyebabkan penyerang pasukan Norwich, Teemu Pukki untuk menjaringkan gol penyamaan.

Walau bagaimanapun, dalam satu perlawanan sebelum perlawanan menentang Liverpool tempoh hari, Maguire meluahkan kesedihannya setelah tidak mendapat kepercayaan para penyokong The Red Devils.

Advertisements

Pertahanan kebangsaan England itu juga merasakan, jika beliau tidak bermain dengan baik maka beliau sudah pastinya tidak menjadi pilihan jurulatih.

’Jika saya tidak cukup bagus sudah pasti saya tidak akan bermain setiap perlawanan dalam kesebelasan utama.’

‘Sudah pasti terdapat sebab kenapa jurulatih sering meletakkan saya dalam kesebelasan utama,’- Katanya dalam satu temubual.

Advertisements

Maguire juga gagal membantu Manchester United apabila dibelasah teruk ketika menentang Liverpool baru-baru ini.

Sambil itu, beliau menyedari hakikat dan tugas besar yang digalasnya selaku pertahanan pasukan Manchester United dan juga lilitan kapten yang menjadi satu tanggungjawab ke atas dirinya.

Kegagalan barisan pertahanan United beraksi dengan baik telah menyebabkan usaha untuk memburu kedudukan empat teratas liga semakin sukar tatkala pasukan lain terus mencatat kemenangan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram