Eropah

Harry Montague Watak Penting Tewaskan Tottenham Hotspur

Montague West Ham United Harry Montague Watak Penting Tewaskan Tottenham Hotspur
West Ham United

Pemain pertahanan warisan Malaysia, Harry Montague terus menjadi tonggak utama buat skuad West Ham United Bawah 21 Tahun (B-21).

Advertisement

Terbaru, Montague membantu skuad muda The Hammers menewaskan musuh setempat, Tottenham Hotspur 3-1 dalam aksi terbaru Premier League 2 di Rush Green.

Callum Olusesi membuka tirai jaringan buat pelawat seawal minit kelima. Anak buah Mark Robson kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan menerusi Riley Hargan pada minit ke-26.

Ryan Battrum memastikan pasukan itu mendahului 2-1 sehingga rehat separuh masa menerusi gol pada minit akhir babak pertama. Jett Murphy memastikan kemenangan milik West Ham dengan gol ketiga pada minit ke-59.

Montague beraksi selama 90 minit sepanjang perlawanan sebagai pemain bek kiri. Usaha keras anak jati Hackney itu memastikan gawang skuad muda The Hammers tidak dirobek untuk baki perlawanan.

Malah, usaha benteng West Ham mempertahankan gawang mereka turut mendapat pujian jurulatih Spurs, Wayne Burnett.

“Secara keseluruhan, West Ham bertahan dengan baik dan kita berdepan kesukaran untuk merobek pertahanan mereka. Mereka bermain dengan lima pemain pertahanan, sentiasa meletakkan pemain di belakang bola dan bertahan dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, nama Montague menarik perhatian apabila menyumbat gol ketika menentang kelab gergasi Itali, Juventus. Malah, pengurus The Hammers, Scott Parker turut memberi peluang kepadanya untuk berlatih bersama skuad utama pasukan itu.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...