Dunia
Juan Martin Lucero/Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pemain import Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Juan Martin Lucero kempunan meraih trofi Copa Sudamericana untuk kelabnya, Fortaleza.

Advertisements

Ini selepas Fortaleza terpaksa akur dengan kehebatan dengan kelab Ecuador, LDU Quito di pentas final menerusi sepakan penalti.

Pemain sayap Argentina itu membuka tirai jaringan untuk Fortaleza pada minit ke-48.

Advertisements

Bagaimanapun, Leao do Pici tersentak apabila Lisandro Alzugaray menyamakan kedudukan untuk pelawat pada minit ke-56.

Dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit tambahan dan masa tambahan, juara ditentukan menerusi penentuan penalti.

Advertisements

Penjaga gol Albos, Alexander Dominguez muncul wira dengan menafikan tiga sepakan penalti Fortaleza sekaligus bergelar juara Copa Sudamericana 2023.

Lucero bukan nama asing bagi penyokong Harimau Selatan kerana pernah menyarung jersi pasukan itu selama semusim pada 2016.

Pada musim tersebut, beliau membantu JDT menjulang Liga Super dan Piala Sumbangsih. Musim 2016 turut menyaksikan Lucero menyumbat 22 gol untuk Harimau Selatan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram