Hatrik 38 Minit Arif Aiman Lengkapkan Malam Gemilang JDT
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sekali lagi mempamerkan karakter sebenar apabila membawa pasukannya melangkah ke pentas akhir Piala FA.

Bintang berusia 21 tahun itu sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberikan masalah yang besar buat The Red Giants.

Gandingan serasi bersama Diogo dan juga Forestieri menyukarkan misi Selangor di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Arif menjaringkan hatrik pantas selepas hanya memerlukan 38 minit menyaksikan Selamgor ditunjukkan jalan keluar dengan cukup mudah.

Fazly Mazlan yang ditugaskan mengawal gerakan pemain sayap lincah ini terpaksa menerim hukuman awal apabila terlepas tandukan sebelum duo Forestieri dan Arif menghukum untuk gol pertama tuan rumah.

Advertisements

Kemasukan Zikri Khalili untuk beraksi selaku pertahanan kiri jelas tidak mengubah nasib Selangor apabila Arif memanfaatkan ruang sempit untuk gol kedua skuad Harimau Selatan.

Arif mencatat nama selaku penjaring hatrik apabila kelekaan Zikri yang terpedaya dengan gerakan licik beliau menyebabkan Selangor dibolosi kali ketiga.

Advertisements

Jaringan ini menyaksikan Arif menjadi pemain kedua setelah Safawi Rasid yang turut mencipta hatrik ketika bertemu Selangor pada tahun 2019 dalam saingan Piala Malaysia.

Kemenangan itu menyaksikan JDT mengekalkan rekod kebal apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan pada musim ini.

Advertisements

Anak didik Tano Solari mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Selangor untuk bertemu KL City di pentas final yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram