Haziq Nadzli Dalam Radar Kim Pan-gon
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli disebut-sebut sebagai salah satu calon yang kini berada dalam radar Kim Pan-gon.

Pemain muda berusia 24 tahun itu merupakan antara penjaga gol berbakat yang dimiliki oleh Malaysia sungguhpun jarang diturunkan.

Walau bagaimanapun, bekas penjaga gol bawah 23 tahun negara itu membuktikan beliau mampu kekal pada tahap terbaik setiap kali diberi peluang beraksi.

Advertisements

Susulan prestasi kurang memuaskan penjaga gol utama Harimau Selatan, Farizal Marlias, ketua jurulatih pasukan, Hector Bidoglio tidak menunggu lama untuk memberikan Haziq kesempatan di atas padang.

Selepas turun dalam perlawanan peringkat kumpulan ACL, Haziq kini kembali beraksi sejak perlawanan menentang Melaka United tempoh hari.

Berdasarkan beberapa laporan, beliau berkemungkinan akan berpeluang untuk menambat hati pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk menghadapi saingan Piala Raja Thailand, September ini.

Advertisements

Sungguhpun beraksi hanya 3 perlawanan Liga Super musim ini, penjaga gol berketinggian 176 cm ini memiliki rekod yang amat baik termasuklah dua perlawanan tanpa bolos.

Persembahan konsisten ketika berdepan Selangor juga bakal menjadi penentu tatkala terdapat beberapa nama lain yang berpotensi untuk menjadi pesaing beliau kelak.

Pan-gon sudah pasti mahu mempertaruhkan kesebelasan terbaik sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Mitshubishi Electric hujung tahun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram