Advertisement
Heberty Nikmati Kehidupan Sempurna Di JDT
Piala Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes mengakui terlalu gembira beraksi bersama JDT pada musim ini.

Pemain berusia 35 tahun itu dibawa masuk oleh pasukan pada jendela perpindahan kedua tempoh hari untuk memantapkan lagi jentera serangan pasukan.

Beliau yang memegang status selaku penjaring terbanyak Liga Thailand menikmati permulaan cemerlang di Malaysia apabila menjulang Piala FA dan juga Liga Super.

Kini, beliau menjadi watak penting untuk membawa skuad Harimau Selatan ke final Piala Malaysia 2023 apabila menumbang Perak FC dengan keputusan 12-2.

Menerusi satu temu bual bersama wartawan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mia Ibrahim, beliau mengakui JDT beraksi dengan cukup baik untuk melangkah ke pentas akhir.

“Saya sangat gembira dengan persembahan pasukan. Apa yang kami tunjukkan hari ini adalah sebagai persediana menjelang aksi berikutnya. Aksi ini juga bukan mudah, mereka memaksa kami menujukkan kemampuan sebenar.”

Heberty bagaimanapun tidak mahu terlalu selesa dan merasakan perjalanan JDT masih lagi jauh.

“Perjalanan JDT masih jauh. Kami ada final Piala Malaysia dan juga ACL yang sangat penting. Perjalanan ini sangat luar biasa, saya sentiasa sangat gembira untuk bermain buat JDT. Saya sentiasa cuba memperbaiki diri sebagai pemain dan individu di sini,” jelasnya kepada MFL.

Ketajaman Heberty dijangka menjadi sandaran utama JDT setelah beraksi dalam semua aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.