Selain tajam dihadapan pintu gol, Luis Suarez juga hebat melakukan helah licik agar pihak lawan kehilangan fokus sehingga gagal mengawal emosi.
Helah terbaru beliau menyaksikan pemain lawan dilayangkan kad kuning setelah tidak tahan melihat gelagat pemain kebangsaan Uruguay tersebut diatas padang.
Sewaktu Gremio mendahului Cruzeiro 1-0, Luis Suarez telah ditolak oleh pemain Cruzeiro dan Suarez tidak mahu bangun kerana ingin mendapatkan perhatian pengadil.
Suarez secara spontan menanggalkan kasut bolanya yang longgar sambil duduk. Tidak tahan melihat helah Suarez, pertahanan Cruzerio iaitu Marlon mengambil kasut Suarez dan melemparkannya ke arah luar padang.
Pengadil kemudiannya melayangkan kad kuning kepada Marlon atas tindakan tersebut.
5 minit kemudian, Gremio menambah jaringan kedua menerusi Felipe Carballo dan gol ketiga oleh Pepe pada minit ke-74 perlawanan.
Gremio berjaya meraih kemenangan selesa 3-0 dalam perlawanan tersebut dimana Luis Suarez turut menjaringkan gol pada minit ke-29 perlawanan.
Luis Suarez yang sudah berusia 36 tahun masih lagi menjadi penyerang utama Gremio dan sebelum ini turut pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Miami pada awal bulan lalu.