Advertisement
Hong Kong Ada Sebab ‘Khas’ Kenapa Nak Sangat Lawan Malaysia Lagi
Harimau Malaya
MakanBola

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberitahu bahawa Hong-Kong mempunyai sebab tersendiri apabila bersungguh-sungguh untuk bertemu Malaysia semula.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu dalam satu temubual memberitahu bahawa beliau ada bertemu dengan pengendali Hong-Kong sendiri dan mengetahui niat mereka untuk bertemu Malaysia.

“Pada bulan Mac nanti kita telah menjemput Turkmenistan dan Hong Kong untuk perlawanan persahabatan. Turkmenistan berada di atas kita dan mereka adalah sebuah pasukan yang amat baik.”

“Saya juga mendengar bahawa mereka mengintai untuk membalas dendam ke atas pasukan negara.”

Pan-gon yang juga merupakan bekas jurulatih pasukan kebangsaan Hong-Kong memberitahu bahawa pasukan tersebut kecewa setelah tewas pada aksi tempoh hari.

Malah, menurut penjelasan Jørn Andersen yang juga merupakan pengendali Hong-Kong, mereka pada waktu tersebut tidak membawa kesebelasan terbaik untuk berdepan Malaysia.

“Jurulatih Hong Kong memberitahu bahawa ketika itu mereka tidak membawa pemain terbaik. Kali ini, mereka ahu membawa barisan pemain terbaik. Saya rasa dua perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang kompetitif dan ini bagus untuk kami,” kata Kim Pan-gon dalam satu sidang media.

Pan-hon mahu menjadikan aksi dalam kalendar FIFA kali ini sebagai medan persiapan menjelang Piala Asia 2024 selain memperbaiki ranking FIFA.