Hong Wan Tenang Balas Kepercayaan Diberikan Héctor Bidoglio
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi Liga Super antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City FC yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada semalam menyaksikan pasukan JDT berjaya mencatat kemenangan besar keatas skuad kendalian Bojan Hodak.

Pemain tengah JDT, Nataniel Hong Wan berjaya memperagakan persembahan memukau ketika mengemudi jentera tengah JDT bersama Nazmi Faiz. General tengah muda berbakat ini telah diberi kepercayaan oleh pengendali baharu Harimau Selatan, Héctor Bidoglio untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Idea serta ketenangan Hong Wan ketika di dalam padang telah mencuri tumpuan suluruh penyokong yang menyaksikan perlawanan semalam. Beliau mengemudi dan mengawal bahagian tengah padang dengan amat baik ketika banyak hantaran serta lorongan-lorongan cantik berjaya beliau hasillam buat barisan serangan JDT.

Hong Wan turut menjadi watak penting kepada jaringan kelima JDT yang terhasil menerusi percubaan Safawi Rasid. Hantaran pendek Hong Wan mudah disempurnakan Safawi dengan satu rembatan kencang sekaligus melengkapkan malam genilang buat JDT.

Advertisements

Aksi bertenaga Hong Wan juga banyak mengubah transisi bertahan dan menyerang pasukan JDT di dalam padang.

Advertisements

Kini JDT terus gah di persada liga, mengumpul sebanyak 35 mata setelah 13 perlawanan. Perlawanan seterusnya menyaksikan JDT bakal menerima kunjungan pasukan Penang FC dalam pentas separuh akhir Piala FA pada 5 Ogos, Jumaat ini.

News Comments Account