Ibarat Ayam Bandar, Marcus Rashford Dinilai Sama Taraf Pemain Liga Sosial

Marcus Rashford Ibarat Ayam Bandar, Marcus Rashford Dinilai Sama Taraf Pemain Liga Sosial
goal.com

Kekalahan mengejut Manchester United kepada Brighton semalam jelas sekali mengecewakan jutaan penyokong The Red Devils di seluruh pelusuk dunia.

Dalam perlawanan yang menyaksikan mereka tewas 2-1 itu, pemain Manchester United, Marcus Rashford merupakan pemain yang lantang dikritik dan beliau merupakan pemain yang mempunyai ‘rating’ terendah dalam perlawanan tersebut.

Rashford diturunkan dalam kesebelasan utama dan bermain penuh 90 minit. Mengikut statistik dari Sofascore, Rashford hanya dinilai 6.2 daripada 10 nilai penuh.

Rating 6,2 diberikan kepada Rashford.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rating Rashford jatuh teruk dalam perlawanan semalam. Antaranya ialah beliau telah hilang penguasaan bola sebanyak 10 kali. Selain itu, Rashford juga telah melepaskan satu peluang terbesar untuk menjaringkan gol.

Peluang itu hadir pada minit ke-60 apabila beliau menerima hantaran daripada Cristiano Ronaldo. Namun begitu situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Brighton itu tidak dapat disudahkan dengan menyaksikan percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol.

Rata-rata peminat Manchester United merasa aneh dengan persembahan longlai Rashford semalam dan berharap pemain berusia 24 tahun itu kembali menemui sentuhan berbisa seperti dahulu.