“Saya Peduli Apa” Ibrahima Konate Cakap Latihan Liverpool Membuatkannya Mengantuk
EPL
Instagram; @liverpoolfc
Advertisements

Pemain pertahanan baharu Liverpool, Ibrahima Konate mengakui intensiti kem latihan pra-musim bersama kelab barunya, Liverpool FC menyebabkan dia amat mudah tidur pada waktu malam. The Reds sudah berada pada peringkat terakhir pra-musim setelah empat minggu bergerak dari Austria ke bandar Evian di Perancis pada hari Sabtu. 

Liverpool kini secara rasmi telah menandatangi kontrak Ibrahima Konate daripada RB Leipzig pada perpindahan musim panas kali ini. Konate yang berhijrah ke Anfield dengan tanda harga perpindahan sebanyak 36 juta pound (RM211 juta) telah menceritakan beberapa pengalaman dan gaya latihan di bawah kendalian Jurgen Klopp dan staf kejurulatihan Liverpool FC. 

Pemain pertahanan muda ini tidak  mempunyai sebarang masalah dengan bentuk latihan dan intensiti yang diterapkan dalam padang latihan. “Sudah pasti (sukar), tetapi saya tidak peduli dengan perkara ini,” katanya.

Advertisements

Konate menambah lagi, “Kami disini adalah pasukan yang bagus dan mempunyai status yang besar jadi kami harus memenangi intensiti dalam permainan. Secara peribadi, saya merasakan bahawa latihan di sini sememangnya agak sukar tetapi bagi saya, apabila kita bekerja keras, ia akan menjadikan diri kita lebih baik. Saya juga mampu untuk tidur dengan sangat lena kerana saya perlu tidur dan tidak mempunyai pilihan ! Sampai sahaja di katil, saya berasa sangat letih dan saya segera tidur !”

Konate telah memulakan aksinya dengan membentuk keserasian bersama Joel Matip pada perlawanan persahabatan baru-baru ini. Beliau amat berharap akan diberi peluang dalam salah satu perlawanan pra-musim menentang Bologna sebelum Liverpool bakal kembali ke Merseyside.

Pemain berusia 22 tahun itu menambah: “Saya sangat gembira berada di sini. Saya gembira dapat memulakan minit pertama permainan bersama pasukan. Saya  mempunyai hubungan baik dengan semua pemain dalam pasukan dan sejujurnya, saya sangat gembira berada di sini. Saya juga boleh berbahasa Perancis dengan beberapa pemain dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris dengan pemain lain. Sangat mudah untuk bercakap dengan mereka dan saya tidak mempunyai masalah dengan perkara ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram