Ilhan Fandi Cemerlang Debut Bersama Albirex Niigata

ilhan fandi 1 Ilhan Fandi Cemerlang Debut Bersama Albirex Niigata
Foto: Ilhan Fandi
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi Ahmad cemerlang dalam aksi pertama bersama kelab barunya Albirex Niigata. 

Ilhan yang melengkapkan perpindahan ke Albirex Niigata pada bulan lepas telah diberi kepercayaan pengendali pasukan, Kazuaki Yoshinaga untuk turun pada babak kedua permainan.

Advertisements

Super-sub bertenaga yang masuk pada minit ke-56 permainan itu telah melengkapkan malam gemilang Albirex Niigata mengatasi Geylang International dengan keputusan 8-2.

Kemasukan Ilhan telah menambah duka buat pasukan lawan tatkala pemain yang berusia 19 tahun itu mencipta satu bantuan gol. Gol keenam Albirex menyaksikan hantaran Ilhan disudahkan dengan baik oleh rakan sepasukannya, Tanaka Kodai. 

Advertisements

Ilhan turut mencatat nama sebagai penjaring setelah menjaringkan gol pada minit ke-85 permainan. Ledakan Ilhan yang menewaskan penjaga gol Geylang menyaksikan beliau dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan.

Kesungguhan yang ditampilkan anak kepada lagenda Singapura ini pastinya akan terus ditagih pasukan. Perlawanan seterusnya menyaksikan pasukan Albirex Niigata bakal berdepan pasukan Haugang pada 19 Jun kelak.

Advertisements