Ilhan Fandi Sah Sarung Jersi Albirex Niigata
Dunia
Albirex Nigata
Advertisements

Penyerang Muda pasukan kebangsaan Singapura, Ilhan Fandi kini secara rasminya menyarung jersi pasukan gergasi Singapura, Albirex Nigata untuk memulakan perjalanan kariernya.

Pemain berusia 19 tahun ini menjadi watak penting buat negaranya termasuklah ketika menjadi sebahagian daripada skuad ketika perlawanan persahabatan Tri Nations baru-baru ini.

Anak kepada bekas lagenda Singapura, Fandi Ahmad ini merupakan antara salah seorang prospek terbaik yang dimiliki oleh negara jiran ini.

Advertisements

Malah, beliau juga bermain pada posisi yang sama bersama abangnya, Ikhsan Fandi selain pernah beraksi bersama ketika menentang Malaysia tempoh hari.

Beliau yang kini sedang menjalani proses pemulihan akibat kecederaan mengakui bahawa detik ini amat penting bagi permulaan kariernya.

‘Saya mahu mencapai tahap yang lebih tinggi dan ia bermula di sini.’

Advertisements

’Saya juga perlu belajar dengan lebih banyak dan saya rasa sudah tiba masanya untuk meneroka perjalanan baru untuk keluar dari zon selesa saya,’ -katanya dalam satu temubual.

Bukan itu sahaja, beliau yang melakukan debut dalam saingan SPL pada tahun 2019 itu juga sudah pun menjaringkan 13 gol dalam 33 perlawanan sekaligus mengatasi rekod yang dimiliki abangnya iaitu Ikhsan yang meledak 8 gol dalam 43 perlawanan.

Ilhan juga bercita-cita untuk mengikut jejak langkah abangnya yang berkelana di bumi Eropah sebelum pulang untuk beraksi di Liga Thailand bersama BG Pathum United.

Advertisements

Sasaran utama beliau kini adalah untuk mendapatkan minit permainan dan menjaringkan sekurang-kurangnya 10 gol pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram