Impak Segera Brendan Gan & Mukhairi Ajmal Selepas Pulang Dari Kem Kebangsaan
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Dua tonggak Selangor FC, Brendan Gan dan Mukhairi Ajmal masing-masing membuktikan kemampuan sebenar apabila berjaya membantu pasukan melakar kemenangan bergaya dalam aksi Liga Super pada kelmarin.

Selepas pulang daripada kem kebangsaan, kedua pemain ini dilihat telah memberi impak segera buat pasukan. Pengalaman yang diperolehi dalam kejohanan King’s Cup di Thailand tempoh hari sedikit sebanyak telah meningkatkan prestasi dan mutu permainan masing-masing. 

Mukhairi dan Brendan telah mencatat nama sebagai penjaring ketika pertembungan antara pasukan Selangor dan Melaka United. Mukhairi Ajmal meledak menerusi satu rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-32 permainan sekaligus menewaskan penjaga gol berpengalaman, Norazlan Razali. 

Advertisements

Tidak terhenti setakat itu, kapten pasukan Selangor, Brendan Gan juga menyumbang dua gol dalam aksi pertama Selangor di bawah kendalian jurulatih baharu, Tan Cheng Hoe. Ia merupakan malam gemilang buat Brendan apabila beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. 

Komitmen dan persembahan memukau Brendan dan Mukhairi telah mendapat pujian ramai peminat bola sepak tempatan.

Mukhairi dalam satu temu bual selepas perlawanan mengakui jaringan itu merupakan antara gol tercantik yang pernah beliau hasilkan. Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dalam perlawanan mendatang. 

Advertisements

“InsyaAllah saya akan berlatih bersungguh-sungguh untuk tingkatkan lagi yang mana kurang dan saya rasa berpuas hati kerana dapat jaringkan gol,” ujar Mukhairi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram