Impian Faisal Halim Ke Layar Perak Hampir Tercapai
Hiburan
FA Malaysia
Advertisements

Impian penyerang berbisa Malaysia, Faisal Halim untuk tampil di layar perak semakin hampir untuk direalisasikan.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memuatnaik imej Faisal memakai baju AEON Big di AEON Big Wangsa Maju.

3,2,1… Action! Faisal Halim sudah menjalani penggambaran filem. (Beliau) difahamkan memegang watak bos di AEON Big Wangsa Maju. Lebih banyak lagi dalam Nadi Arena malam ini!” katanya di X.

Advertisements

Difahamkan Faisal terlibat untuk penggambaran babak tambahan filem Harimau Malaya: The Untold Story arahan pengarah filem terkenal, Datuk Afdlin Shauki.

Selain pemain sayap Selangor FC itu, penyokong negara yang tular di media sosial baru-baru ini iaitu Derrick Gan turut muncul dalam babak tambahan filem tersebut.

Advertisements

Perkara ini turut disahkan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan 4Ward Pictures, Azrin Abdul Malek.

Menurut Azrin, penglibatan dua figura ini dilihat satu penghargaan kepada semua pihak terutama penyokong dan pemain yang telah berkorban demi negara.

Advertisements

“Kita ada idea untuk perkara itu kerana tujuan utama ialah nak tunjuk kepada rakyat Malaysia bukan saja pihak luar tetapi secara khususnya pihak pemain dan penyokong yang kita perlu hargai,” katanya kepada Zulhelmi untuk Nadi Arena.

Ini bukan kali pertama Faisal berlakon. Sebelum ini, bekas pemain sayap Terengganu FC itu turut membuat kemunculan istimewa dalam sitkom kegemaran ramai, Sepahtu Reunion Live.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram