Impian Sabah Ke Asia Tidak Kesampaian
MakanBola
Sabah FA Women’s Team

Hasrat skuad bola sepak wanita Sabah layak ke Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) musim 2026/27 tidak kesampaian apabila tewas 2-0 di tangan kelab India, East Bengal FC.

Sabah dan East Bengal tahu mereka memerlukan kemenangan jika ingin layak ke AWCL selaku juara Kumpulan A. Hanya juara kumpulan saja layak secara merit ke kejohanan itu.

Malangnya, hasrat Sabah ke AWCL musnah apabila tewas 2-0 kepada East Bengal. Kesemua gol kelab India itu berlaku pada separuh masa kedua.

Kecemerlangan penjaga gol Sabah, Asma Junaidi memaksa East Bengal menunggu sehingga minit ke-67 untuk membuka tirai jaringan menerusi Olivia Anokye.

Sisa perjuangan Sabah kemudiannya ditamatkan menerusi gol Soumya Guguloth pada minit ke-87. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memiliki wakil dalam AWCL ialah musim 2024 menerusi pasukan Sabah.