Import Kuching City ‘Lain Macam’
Dunia
@kuchingcityfc_official
Advertisements

Kuching City FC telah memilih pemain berpengalaman yang berasal dari Liberia, Abu Kamara untuk memperkuatkan lagi posisi serangan pasukan bagi saingan yang akan datang.

Pemain yang berusia 25 tahun ini mengakui ingin melihat sendiri corak permainan liga di Malaysia dan mahukan keserasian sebelum bermain kerana sebelum ini beliau banyak beraksi di liga Eropah.

Bagaimanapun, Abu Kamara mahukan yang terbaik untuk KCFC sekaligus membawa pasukannya layak ke tahap yang lebih tinggi.

Advertisements

“Pada mulanya agak susah untuk membuat keputusan sebab saya ada pilihan lain juga dan benda pertama ada di fikiran adalah untuk datang dan lihat sendiri bagaimana liga di sini berlangsung.”

“Ianya agak sukar sebab berbeza apabila beraksi di sini dan sebelum ini saya banyak beraksi di Eropah,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga tidak pentingkan pencapaian peribadi namun baginya yang paling penting adalah misi membantu pasukan untuk capai apa yang pasukanya idamkan selama ini.

Advertisements

“Tetapi sekarang saya hanya nak buat yang terbaik untuk pasukan dan benda pertama ada dalam fikiran saya adalah untuk membawa pasukan ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.

“Pencapaian peribadi saya tidak penting sebab fokus adalah untuk bantu pasukan, jadi saya akan buat terbaik dan jika berpeluang, saya akan cuba jaringkan gol dan bantu pasukan untuk capai apa yang mereka inginkan”, katanya kepada MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram