Indonesia & Belanda Jalin Kerjasama, Shin Tae-yong Sedia Perkuat Pasukan
Dunia
aseanfootball/pssi
Advertisements

Pengarah Teknikal PSSI, Indra Syafri dan pasukannya bertemu Persekutuan Bola Sepak Belanda (KNVB) bagi membincangkan kerjasama bersama dua kelab Eropah iaitu Ajax Amsterdam dan Feyenoord Rotterdam. 

Difahamkan, pertemuan ini di atas permintaan jurulatih Pasukan B-20 Indonesia, Shin Tae-yong.

Antara perkara utama yang dibincangkan antara dua pihak ini adalah dari segi pembangunan pemain muda dan pemain yang mempunyai dua keturunan (Belanda-Indonesia) yang beraksi di Belanda. 

Advertisements

Sebelum ini, jurulatih Korea Selatan itu ada mencadangkan 7 pemain untuk dinaturalisasikan oleh PSSI bagi memperkuatkan pasukan di Piala Dunia B-20 tahun 2023.

Oleh hal yang demikian, di atas pertemuan ini berkemungkinan besar pasukan Indonesia akan diperkuatkan 7 pemain warisan bagi menghadapi Piala Dunia B-20 2023.

“Saya berminat untuk menjemput Ajax untuk menyumbang kepada falsafah bola sepak Indonesia. Kami juga sedang meneroka potensi pemain muda Indonesia untuk bermain di kedua-dua kelab ini atau sekurang-kurangnya mencubanya atau bekerja di sana,” Indra Sjafri dipetik daripada Asean Football.

Advertisements

Menurut Kompas.com, PSSI kini dalam usaha untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama  pasukan Belanda B-20 tahun bagi membuat persiapan menjelang Piala Dunia B-20 tahun kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram