Kelayakan Piala Asia 2023: Indonesia Kejutkan Kuwait
Asia
PSSI
Advertisements

Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia memulakan aksi kelayakan Piala Asia 2023 dengan langkah kanan apabila berjaya mengejutkan Kuwait yang merupakan tuan rumah aksi kelayakan ini dengan keputusan 2-1.

Kemenangan bermakna itu merupakan sesuatu yang sangat bersejarah buat Indonesia yang kali terakhir menewaskan Kuwait adalah pada tahun 1980. Ini menandakan selepas 42 tahun berlalu, semalam mereka membuktikan bahawa sejarah menang ke atas Kuwait telah menjelma kembali.

Kuwait terlebih dahulu di hadapan menerusi Yousef Nasser yang menanduk masuk untuk gol pertama perlawanan sekali gus memberikan kelebihan buat Kuwait mendahului Indonesia 1-0.

Advertisements

Kegembiraan Kuwait tidak kekal lama apabila Indonesia bangkit kembali melalui pemain naturalisasi mereka, Marc Klok pada minit ke-44 hasil sepakan penalti selepas Rachmat Irianto dijatuhkan penjaga gol Kuwait, Hussain Kankone. Kedudukan berubah terikat 1-1.

Bersambung babak kedua, Indonesia dilihat garang dan tidak menunggu lama untuk memberikan impak selepas mereka berjaya menambah jaringan pada minit ke-47 melalui Rachmat Irianto. Gol tersebut merupakan gol kemenangan buat Indonesia menewaskan Kuwait 2-1.

Laporan dari Footy Rankings mengatakan hasil dari kemenangan ke atas Kuwait, mata ranking bola sepak buat Indonesia ditambah sebanyak 14.02 mata dan akan naik satu anak tangga ke-158 dunia berbanding ke-159 dunia sebelum perlawanan menentang Kuwait.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram