Advertising
Indonesia Korbankan Perjalanan Liga Demi Piala Asia
Asia Tenggara
MakanBola
PSSI

Indonesia memandang serius penyertaan skuad bawah 23 tahun (B-23) mereka di Piala Asia B-23 Qatar pada pertengahan bulan ini apabila mengumumkan penangguhan perjalanan liga domestik iaitu Liga 1.

Penangguhan perjalanan liga itu adalah bertujuan memberi ruang buat pengendali, Shin Tae-yong membuat persiapan yang lebih rapi bagi menghadapi saingan sengit di Qatar kelak.

Ad

Perjalanan Liga 1 akan disambung semula selepas berakhirnya kejohanan Piala Asia B-23. Skuad B-23 Indonesia akan menjalani latihan pusat di Dubai mulai 1 April sebelum aksi pertama menentang tuan rumah, Qatar pada 15 April.

Ad

“Mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif PSSI yang diadakan pada 30 Mac memutuskan untuk menangguhkan saingan Liga1 musim 2023/24 yang berbaki 4 minggu lagi.

“Keputusan ini dibuat bagi membantu Indonesia B-23 membuat persiapan untuk menyertai Piala Asia U23 2024 di Qatar,” kongsi Asean Football di laman X.

Ad

Di Piala Asia B-23, Indonesia diletakkan di dalam kumpulan A bersama-sama tiga lagi pasukan hebat Asia iaitu Qatar, Australia dan Jordan.

Ad

Dua pasukan teratas setiap kumpulan bakal mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati yang dijadualkan bermula 25 April.

Ad