Indonesia Mahu Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023
Dunia
Rafi Cakasana
Advertisements

Indonesia akan menghantar bidaan rasmi untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 selepas China membuat keputusan menarik diri disebabkan wabak Covid-19 yang semakin menular di sana.

Menerusi kenyataan Ketua Umum PSSI Mochamad Iriawan, Indonesia akan menghantar bidaan selepas memperoleh sokongan kerajaan.

“Setelah PSSI berhubung dengan kerajaan dalam hal ini Kemenpora, akhirnya PSSI rasmi akan menghantar bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023. PSSI juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dalam hal ini Menpora Zainudin Amali yang telah menyokong perancangan ini.

Advertisements

“Semua syarat yang diminta oleh AFC akan segera kita siapkan dan akan kita sampaikan secepat mungkin,” Tambah Iriawan.

Selain Indonesia, Korea Selatan, Qatar, Jepun dan Australia turut menghantar bidaan sebelum ini untuk menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram