Advertising
Indonesia Masters: Satu Beregu Lelaki Malaysia Sah Ke Final
UltraSukan
MSN Malaysia

Salah satu pasangan beregu Malaysia bakal sah beraksi di final Indonesia Masters 2025.

Pusingan suku akhir Indonesia Masters 2025 pada Jumaat menyaksikan 8 wakil dari Malaysia turun berentap di Istora Senayan bagi memburu tempat ke separuh akhir pada Sabtu.

Daripada 8 wakil tersebut, 3 beregu lelaki Malaysia beraksi dengan dua pasangan muda, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Arif Junaidi-Yap Roy King dijadualkan bertemu sesama sendiri.

Ad

Manakala, satu lagi pasangan adalah pemenang 2 pingat gangsa di Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang bakal berdepan Kang Min Hyuk-Kim Won Ho dari Korea Selatan.

Ad

Keputusan akhir menyaksikan Wei Chong-Kai Wun berjaya menewaskan rakan senegara, Arif Junaidi-Roy King 21-16, 21-15 dalam tempoh 32 minit untuk menempah tempat ke separuh akhir.

Sementara, Aaron-Wooi Yik turut tampil cemerlang apabila menyingkirkan pasangan dari Korea Selatan itu dalam masa 41 minit dengan keputusan 21-19, 21-15 untuk selangkah ke final.

Ad
Ad

Keputusan ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik dan Wei Chong-Kai Wun akan berdepan sesama sendiri di peringkat separuh akhir pada Sabtu untuk memburu satu tiket ke final Indonesia Masters.

Ad

Ini bermakna satu wakil negara sudah menjamin tempat di final dan berpeluang cerah menjadi beregu lelaki pertama Malaysia muncul juara di Indonesia Masters ini.

Selain mereka berdua, Pearly Tan-M. Thinaah turut layak ke separuh akhir Indonesia Masters dan bakal berdepan wakil Korea Selatan, Lee Yeon Woo-Lee Yu Lim.