Syarikat pengeluar pakaian terkemuka Indonesia, Mills secara rasmi telah memperkenalkan jersi terbaharu yang akan digunakan oleh pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia.
Dalam satu video yang dimuatnaik ke laman instagram rasmi Mills, terlihat dua pemain muda Indonesia iaitu Ronaldo Kwateh dan Marselino Ferdinan segak menggayakan corak terbaharu jersi yang akan digunakan kelak.
Mills meletakkan kapsyen bahawa jersi ini dicipta untuk memberikan semangat kepada si pemakai supaya mengenang kembali sejarah pasukan bola sepak Indonesia memenangi pingat emas buat pertama kali di Sukan Sea 1987.
“Memperkenalkan jersi ‘Home’ terbaharu pemain pasukan kebangsaan Indonesia. Membawakan konsep “masa lalu dan masa hadapan”. Diharap pakaian ini mampu menaikkan semangat kembali seperti ketika pasukan negara Indonesia meraih pingat emas pertama pada Sukan SEA 1987,” tulis Mills, Rabu
Jersi baru yang diperkenalkan ini dijangka akan digunakan oleh pasukan Indonesia Bawah 19 dalam saingan Piala AFF B-19 yang akan bermula pada 2 Julai depan.