Indonesia Sah Terima Kehadiran Dua Lagi Pemain Naturalisasi
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Skuad kebangsaan Indonesia bakal menjadi lebih kuat selepas ini. Ini selepas dua pemain Belanda, Rafael Struick dan Ivar Jenner sah bergelar pemain naturalisasi baru Indonesia.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erich Thohir. Beliau menjangkakan kehadiran Struick dan Jenner bakal menjadikan Tim Garuda lebih kompetitif di bawah bimbingan Shin Tae-yong.

“Para pemain lain tentu akan semakin bermotivasi untuk bersaing secara sihat, meningkatkan kemampuan agar dipilih menjadi sebahagian daripada skuad Garuda,” katanya dalam satu kenyataan rasmi PSSI.

Advertisements

Struick, 20, beraksi sebagai penyerang di FC Emmen sebelum menyertai ADO Den Haag yang beraksi di Eerste Divisie (divisyen kedua Belanda). Sementara Jenner, 19, pula beraksi sebagai pemain tengah untuk skuad simpanan FC Utrecht.

Jenner dianggap bertuah kerana sudah menerima panggilan Timnas Indonesia untuk aksi persahabatan menentang Palestin dan Argentina. Ini berdasarkan satu hantaran Instagram Utrecht yang mengucapkan selamat berjaya kepadanya kerana mendapat panggilan skuad kebangsaan Indonesia.

Struick dan Jenner merupakan duo naturalisasi terbaru yang menyertai Tim Garuda. Mereka menyertai pemain-pemain naturalisasi Indonesia yang makin diingati penyokong seperti kapten Jordi Amat dan pemain tengah Marc Klok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram