Malaysia akan memulakan aksi persahabatan pertama pada tahun ini apabila dijadualkan bertemu dengan pasukan Turkmenistan malam ini.
Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan anak didik Kim Pan-gon sudah tentu mahu melakar rekod cemerlang berdepan lawan yang berada pada tangga ke-135 dunia itu.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu membwa barisan terbaik bagi aksi ini dengan pemain Buriram United, Dion Cools diberikan lilitan kapten.
Dalam aksi Kelayakan Piala Asia tahun lalu, Harimau Malaya telah mencatatkan kemenangan selesa 3-1 sekaligus membawa skuad kebangsaan ke pentas Piala Asia tahun hadapan.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Turkmenistan
Info Siaran Langsung Malaysia vs Turkmenistan
Tarikh: 23 Mac 2023 (Khamis)
Masa: 10 malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Siaran Langsung: Sooka TV & TV9
Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.