Info Siaran Langsung Negeri Sembilan vs Terengganu | Liga Super 2023

Goulon Negerisembilan Info Siaran Langsung Negeri Sembilan vs Terengganu | Liga Super 2023
NSFC 1923
Nik Faris @nikfalovic
7:04pm 16/03/2023

Pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu mencuri tumpuan menjelang aksi Liga Super 2023 malam ini.

Anak didik Tomislav Steinbrückner mahu meneruskan rentak cemerlang selepas berjaya memberi tiga mata pertama kepada pasukannya ketika menewaskan PDRM tempoh hari.

Bukan itu sahaja, kunjungan ke Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi sudah tentu lebih bermakna untuk memanfaatkan prestasi Negeri Sembilan yang belum mencapai prestasi sebenar.

Terengganu yang kini menghuni tangga ke-7 liga pasti mahu memperbaiki kedudukan dalam usaha kembali ke landasan sebenar manakala Negeri Sembilan sudah tentu mahu memungut 3 mata pertama musim ini.

Kesebelasan Utama Negeri Sembilan vs Terengganu

Info Siaran Langsung Negeri Sembilan vs Terengganu

Tarikh: 16 Mac 2023 (Khamis)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Siaran Langsung: Sooka TV

Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.