Advertising
Info Terbaru Pemain Warisan Eropah Perkuat Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Info terbaru berkenaan pemain warisan yang bakal memperkuat Harimau Malaya terjawab.

Baru-baru ini, DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor telah memaklumkan berkenaan perkembangan usaha untuk mendapatkan sentuhan pemain warisan luar negara.

Ad

Baginda sebelum ini telah memberitahu bahawa usaha untuk memuktamadkan posisi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya akan berlaku tidak lama lagi.

Ad

“Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan Malaysia mestilah seorang yang memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial, dan hubungan interpersonal dalam bola sepak.

“Beliau juga perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Ad

DYAM Tunku Ismail turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti pemain warisan luar negara dan bakal meneruskan usaha mencari dengan lebih meluas.

Ad

“Yang ada ada tu apabila ditanya, ada yang tak tahu pun Malaysia dekat mana. Perlataan lebih tepat ialah ‘Saya bukan orang Malaysia, dan di mana Malaysia sebenarnya.’

“Kami dah buat kajian dan menyapa mereka tetapi pencarian akan tetap diteruskan dengan lebih luas lagi,” tambah Tunku Ismail di laman X.

Ad

Persiapan skuad Harimau Malaya kini diteruskan apabila bakal beraksi pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 selepas diundi bersama Vietnam, Nepal dan Laos.