“Tiada Lagi Rahsia, Ini Antara Punca Saya Dipaksa Keluar Dari Sabah FC” – Bekas CEO Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda
Dunia
Facebook Verdon Bahanda
Advertisements

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan bekas CEO Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda, beliau mendakwa kenyataan dikeluarkan Borneo Today bukan lagi ‘rahsia’.

Malah, Datuk Verdon Bahanda turut mendakwa senarai salah laku kelab berkenaan yang dikeluarkan Borneo Today adalah antara punca beliau dipaksa ‘keluar’ dari pengurusan Sabah FC.

“Tiada lagi rahsia! Antara perkara yang menyebabkan ramai yang tidak mahu kehadiran saya dalam Sabah FC dahulu dan memaksa saya keluar bagi mengelakkan saya melakukan pembersihan.” Jelas Datuk Verdon Bahada di Facebook page miliknya.

Advertisements

Borneo Today sebelum ini mendakwa Sabah FC melakukan beberapa salah laku pecah amanah dan meminta siasatan dilakukan terhadap pasukan dari Borneo terbabit.

Beliau turut menjawab kenyataan rasmi dari Sabah FC seperti yang dilontarkan oleh pengikutnya di Facebook, Marnol Jaffyson.

“Siapa juga mengaku kalau kena tuduh mencuri.”

Advertisements

Ketika ditanya seandainya beliau ingin ‘kembali’ masuk ke Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda dengan jelas menolak permintaan tersebut.

“Tak payahlah, beras saya tidak kurang juga sekarang.”

Menerusi kenyataan rasmi pihak pengurusan Sabah FC sebelum ini, mereka menyelar dakwaan dikeluarkan Borneo Today dan akan membuat laporan polis.

Advertisements

Selain itu, Sabah FC turut mencabar pihak yang mengeluarkan dakwaan tampil memberikan bukti salah laku seperti yang didakwa.

“Tiada isu berkenaan ‘mark-up’ seperti dilaporkan Borneo Today. Sabah FC membayar RM30,000 untuk tujuan logistik lampu LED ke Kota Kinabalu.”

“Dan ianya juga dibayar oleh penaja Sabah FC tahun ini.”

Advertisements

“Bagi sistem Catapult pula, hanya RM65,000 dibelanjakan kelab dan ia dibeli secara terus daripada Australia tanpa membabitkan mana-mana orang tengah, tidak seperti yang dinyatakan dalam portal berkenaan.”

“Pihak pengurusan akan membuat laporan polis untuk memaklumkan tentang hasutan ini dan sekiranya portal berkenaan atau mana-mana pihak yang berterusan menabur fitnah tidak berasas, Sabah FC tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.”

Selain itu, pasukan Sabah FC turut menjelaskan bahawa tuduhan berat tersebut dikeluarkan dengan niat untuk menjatuhkan imej pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram