Salah seorang penyokong Malaysia ternyata hairan dan juga terkejut ketika menonton corak permainan pasukan Harimau Malaya yang dikatakan mirip kelab gergasi Eropah, PSG.
Pasukan Harimau Malaya turun dalam aksi kedua Kelayakan Piala Asia berdepan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam misi untuk memburu 3 mata di peringkat kumpulan F ini.
Aksi dominan selain ketajaman jentera penyudah membantu skuad Malaysia mencatat kemenangan besar 4-0 hasil satu gol daripada Joao Figueiredo, Rodrigo Hogaldo, Corbin Ong dan Dion Cools.
Kemenangan besar ini tampak cukup memberi makna buat para peminat sejati Harimau Malaya yang terpaksa menanti sehingga 11 tahun untuk melihat Malaysia kalahkan Vietnam.
Malah, keceriaan ini turut dikongsikan salah seorang rakyat Malaysia yang dikenali ramai sebagai Abah Boss di aplikasi Tiktok dengan sebuah video yang dimuat naik telah mencuit hari netizen.
Menerusi video tersebut, Abah Boss yang memiliki lebih 400 ribu pengikut di Tiktok memuji persembahan cemerlang oleh para pemain Harimau Malaya yang buatkan beliau terharu.
”Pemain Malaysia malam ini (Selasa), aku amat terharu dengan kalian semua,” kata Abah Boss.
”Kalian memang dah tunjukkan peningkatan yang ‘hilang akal’ aku tengok.”
Oleh kerana terlampau teruja melihat permainan pasukan negara, beliau sempat keliru sama ada sedang menonton aksi skuad Malaysia atau kelab gergasi di Eropah iaitu, PSG.
”Ini biar betul! Ini Malaysia ke PSG yang main? Fuh memang cantiklah (cara) kalian bermain,” cerita Abah Boss dengan riak wajah dan nada terkejut.
“Kau memang terbaiklah Arif Aiman dan Dion Cools, memang menjadi dua pemain ini. (Kalau) hantar bola (mesti) sampai,” puji Abah Boss.
Selain itu, Abah Boss juga memuji penyerang warisan baharu, Joao Figueiredo yang beraksi cukup cemerlang dan sempat menyamakan pemain itu dengan Stone Cold, salah seorang petinju terkenal kerana rupa paras botak yang hampir sama.