Ini Senarai Pemenang ABK23 Liga Malaysia
MFL
MFL
Advertisements

Anugerah yang dinantikan ramai peminat bola sepak iaitu Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23) berlangsung semalam.

ABK 2023 diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pemain, jurulatih, pasukan, pegawai dan penyokong sepanjang tahun 2023.

ABK 2023 menyaksikan 16 kategori dipertandingkan dengan dua kategori baru diperkenalkan iaitu Pemain Terbaik Piala MFL dan Penjaring Terbanyak Piala MFL.

Advertisements

Seramai 398 daripada 782 pemain disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing dalam Liga Malaysia (Liga M).

Nama-nama ini kemudiannya dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK23 untuk disaring dan disenarai pendek 10 pemain terbaik dalam setiap kategori.

Pemilihan pemain terbaik untuk lapan kategori dibuat melalui undian 14 ketua jurulatih dan 14 ketua pasukan Liga Super, 15 ketua jurulatih dan 15 ketua pasukan Piala MFL serta 29 wakil media.

Advertisements

Pemenang Anugerah Pasukan Terbaik diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Sementara Anugerah Fair Play pula ditentukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Manakala Fan XI (Kesebelasan Utama Pilihan Peminat) dan Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 pula dipilih menerusi undian penyokong.

Seperti dijangka, Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC)) dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk tahun 2023.

Advertisements

Ini menjadikan beliau pemain pertama sejak Norshahrul Idlan Talaha memenangi anugerah sama untuk tiga tahun berturut-turut.

Selain mengekalkan anugerah MVP, Arif turut menggondol anugerah Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Gol Terbaik Liga M dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super.

Senarai Pemenang ABK23

Pemain Paling Bernilai (MVP) – Arif Aiman Hanapi (JDT)

Jurulatih Terbaik – Tan Cheng Hoe (Selangor FC)

Penjaga Gol Terbaik – Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (JDT)

Pertahanan Terbaik – Azam Azmi Murad (Terengganu FC)

Pemain Tengah Terbaik – Afiq Fazail (JDT)

Penyerang Terbaik – Arif Aiman Hanapi (JDT)

Pemain Import Terbaik – Bergson Da Silva (JDT)

Pemain Muda Terbaik – Arif Aiman Hanapi (JDT)

Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 – Arif Aiman Hanapi (JDT)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Arif Aiman Hanapi (JDT)/Faisal Halim (Selangor)

Penjaring Terbanyak Liga Super – Ayron Del Valle (Selangor)

Pasukan Terbaik – JDT

Anugerah Fair Play – Terengganu FC

Pemain Terbaik Piala MFL – Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC)

Penjaring Terbanyak Piala MFL – Ebenezer Assifuah (Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B

Fan XI – Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Azam Azmi Murad, Jordi Amat, Shahrul Nizam Ros Hasni, Corbin Ong, Manuel Hidalgo, Park Tae-soo, Afiq Fazail, Bergson da Silva, Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram