Insiden Pengadil Dipukul Presiden Kelab Turki Curi Perhatian Ramai
TV
GalaFHD1905erman
Advertisements

Arena bola sepak Turki kecoh gara-gara tindakan presiden kelab MKE Ankaragucu menumbuk seorang pengadil dalam aksi terbaru Liga Super Turki (Super Lig) awal pagi ini.

Anadolu melaporkan presiden kelab berkenaan, Faruk Koca bertindak menumbuk pengadil, Halil Umut Meler selepas lawan mereka, Caykur Rizespor menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-97.

Berang dengan tindakan Meler, Koca masuk ke padang sebelum menumbuk pengadil tersebut. Meler yang rebah kemudiannya ditendang oleh beberapa staf Ankaragucu.

Advertisements

Pengadil itu kemudiannya dipapah ke bilik persalinan pengadil dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Insiden ini tular di media sosial dengan Ankaragucu menerima kecaman hebat daripada peminat bola sepak Turki. Ini kerana insiden Koca menumbuk Meler mendapat sorakan daripada penyokong kelab itu.

Susulan itu, Ankaragucu memohon maaf atas apa yang berlaku yang disifatkan sebagai insiden terburuk dalam arena bola sepak Turki.

Advertisements

“Kami memohon maaf kepada kelompok bola sepak Turki dan seluruh komuniti sukan atas insiden menyedihkan yang berlaku selepas perlawanan Çaykur Rizespor di Stadium Eryaman,” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan di Instagram.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan insiden tersebut sebagai tidak boleh diterima dalam mana-mana acara sukan.

“Saya mengecam serangan ke atas pengadil Halil Umut Meler selepas perlawanan MKE Ankaragucu vs. Caykur Rizespor yang berlangsung pada petang ini (awal pagi waktu Malaysia), dan saya harap beliau cepat sembuh.

Advertisements

“Sukan bermaksud keamanan dan persaudaraan. Sukan tidak sesuai dengan keganasan. Kita tidak akan benarkan keganasan wujud dalam sukan Turki,” katanya di X.

Menteri Dalam Negeri Turki, Ali Yerlinkaya menyatakan Koca sedang mendapat rawatan di hospital dan akan ditahan sebaik selesai menjalani rawatan.

Sementara dua lagi individu yang dikesan menendang Meler pula kini dalam tahanan selepas waran tangkap dikeluarkan oleh pejabat ketua pendakwaraya barat Ankara.

Advertisements

Insiden ini juga memaksa Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF) menggantung semua perlawanan liga negara itu sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram