Advertisement
Insiden Tumbuk-Menumbuk Cemari Aksi JDT & Kedah
MFL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertembungan antara skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman berakhir dengan insiden yang tidak diingini oleh kedua-dua pihak.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyaksikan tuan rumah berjaya menoktahkan kemenangan menerusi jaringan tunggal Mohamad Rafiefikri Mohd Rosman pada minit ke-42.

Sungguhpun skuad muda Kedah turun dengan penggempur berbisa, Ebenezer Assifuah, ia tetap tidak berhasil untuk merobek gawang gol skuad muda Harimau Selatan.

Tiada tambahan jaringan pada babak kedua berlaku sekaligus memberikan kemenangan ke-9 buat skuad muda JDT selepas 14 perlawanan yang membariskan kesebelasan tenaga tempatan pada perlawanan ini.

Perlawanan bagaimanapun berakhir dengan insiden tegang apabila berlakunya provokasi ketika kedua-dua pasukan bersalaman.

Insiden yang melibatkan pertahanan KDA B, Hariz Mansor yanh dilihat secara tiba-tiba menendang ke arah pemain JDT II, Syukur Fariz yang dikesan telah menampar pemain tersebut terlebih dahulu.

Keadaan yang berkangsung tegang akhirnya cuba dileraikan oleh rakan sepasukan sebelum para pemain menuju ke bilik persalinan.

Setakat ini, JDT berada pada kedudukan ke-2 Kumpulan A Piala MFL dengan 29 mata manakala KDA B di tangga ke-4 dengan 25 kata.

Video kejadian: MFL – Minit ke 2:21:04