Irfan Bakti Idam Kuching City Ke Liga Super Sebelum Bersara
Dunia
Harian Metro
Advertisements

Pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim menyatakan hasrat ingin membawa pasukannya layak ke saingan Liga Super 2023 sebelum menamatkan dunia bola sepak ini.

Dalam musim ini juga Irfan Bakti yakin dengan kehadiran tiga pemain import baharu bakal memberi sinar baru bagi memperkuatkan lagi barisan pasukan Kuching City.

Antara pemain baharu yang bakal melengkapkan skuad KCFC ini adalah Yuki Tanigawa dari Jepun yang beraksi di posisi tengah serta dua penyerang, Abu Kamara dari Liberia dan pemain berasal dari England Keanu Marsh-Brown.

Advertisements

“Dengan kehadiran tiga pemain import baharu mungkin dapat mengubah suasana pasukan saya,” katanya.

“Sebelum saya tinggalkan dunia bola sepak, saya nak Kuching City FC berada di Liga Super. Untuk masa depan saya tidak tahu lagi sebenarnya tetapi niat saya memang ini tahun terakhir saya. “Saya rasa saya jurulatih paling tua di Malaysia ketika ini,” katanya.

Irfan turut mengakui bahawa beliau antara jurulatih yang paling tua di Malaysia buat masa ini, akan tetapi ia bukan penghalangan untuknya mencapai misi dan visi pasukan KCFC layak mendapat kemenangan dalam setiap saingan.

Advertisements

“Matlamat dan objektif pasukan adalah naik ke atas (layak ke Liga Super) jadi permikiran pemain perlu ada mentaliti juara,” katanya kepada Bernama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram