Irfan Bakti Tak Mahu Nafuzi Zain ‘Diganggu’
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Walaupun terdapat desas-desus mengenai status pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain, namun pengendali berusia 43 tahun itu kekal fokus memberikan segalanya buat pasukan gergasi pantai timur itu.

Jika sebelum ini, Nafuzi Zain mengesahkan bahawa beliau tidak menerima sebarang tawaran dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melatih pasukan bawah 23 tahun kebangsaan. Kini, timbul pula gosip perpindahan Nafuzi ke pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Umum mengetahui bahawa pasukan Kedah kini tidak berada dalam prestasi yang terbaik apabila mereka mengalami tiga kekalahan daripada empat perlawanan terkini Liga Super. Bukan sahaja itu, mereka juga disingkirkan Terengganu dalam aksi suku akhir Piala FA.

Advertisements

Pengendali Kuching City FC yang juga merupakan bekas pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti mempunyai pandangan tersendiri mengenai masa depan Nafuzi. Beliau jelas tidak bersetuju jika Nafuzi berhijrah ke Kedah.

“Nafuzi ni masih baru, dia jurulatih yang muda, jadi untuk dia ambil alih Kedah tu bagi saya masih terlalu awal,” katanya kepada Majoriti.

“Kedah ni satu pasukan elit, begitu juga TFC…cuma awal lagi untuk Nafuzi ke kelab itu. Orang yang lebih layak adalah seperti jurulatih-jurulatih senior yang sudah menempuh macam-macam pengalaman dalam mengemudi sesebuah kelab.

Advertisements

“Nafuzi belum hadapi lagi cabaran tertentu yang berat untuk seorang jurulatih. Biar dia maintain di TFC, duduk beberapa tahun di kelab itu kemudian mungkin boleh keluar.

“Cheng Hoe sendiri contohnya jurulatih yang lebih sesuai ke KDA FC tapi Nafuzi biar remain atau maintain di TFC kerana nampak lebih baik dia di sana buat waktu ini,” katanya lagi.

Nafuzi kini berada dalam pencapaian terbaik dalam membimbing pasukan Terengganu FC apabila berjaya mara ke final Piala FA selepas kali terakhir pasukan itu layak ke final ialah pada tahun 2011.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram