Irfan Bakti Tak Mahu Tinggalkan Kuching City Terkapai-Kapai
Liga Super
Kuching City FC
Advertisements

Selepas sembilan perlawanan Liga Super, Kuching City kini menghuni kedudukan tiga tercorot dalam liga dengan kedudukan ke-12 dan empat mata. Di sebalik kedudukan Il Gatto yang genting itu, jurulatih Irfan Bakti tidak mahu meninggalkan pasukan itu terkapai-kapai.

Sebelum ini, ramai terkejut dengan tindakan drastik beliau yang ingin melepaskan jawatannya sebagai pengendali Kuching City susulan siri kekalahan yang dialami kelab berkenaan. Bagaimanapun, pengurusan Il Gatto meminta Irfan menimbangkan semula keputusannya itu dan mahu beliau kekal sehingga akhir musim.

Dan hari ini, Irfan mengesahkan keputusan sebulat suara telah dibuat untuk beliau kekal. Justeru, beliau berharap dapat menghentikan kemerosotan yang dialami Kuching City dan kembali memburu kemenangan.

Advertisements

“Jika saya mengambil tindakan drastik meninggalkan pasukan dalam keadaan semasa pasukan, ia adalah tidak adil dan saya percaya kelab masih mahukan saya kekal bersama pasukan,” katanya kepada Nadi Arena hari ini.

Menjelang tetingkap pasaran perpindahan kedua yang bakal bermula pada Jun ini, Irfan tidak menolak untuk membuat rombakan terhadap skuadnya itu. Ini termasuk memilih pemain import baru bagi memberi nafas segar terhadap Il Gatto.

“Sudah tentu bukan sahaja pemain import, namun barisan pemain tempatan yang berkualiti juga perlu diperoleh bagi menghadapi pusingan kedua Liga Super,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram