Irfan Bakti Tak Sangka Tewaskan Kelantan
Liga Super
Kuching City FC
Advertisements

Kejayaan Kuching City mengejutkan Kelantan FC dengan keputusan 2-1 semalam ternyata mengejutkan ramai pihak apatah lagi Kelantan beraksi di gelanggang sendiri. Selain itu, Kelantan juga merupakan naib juara Liga Premier musim lalu.

Mengulas kemenangan mengejutkan yang diraih Kuching City, jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim jelas sekali memuji anak-anak buahnya yang segera bangkit selepas melakukan kesilapan sehingga menghadiahkan gol pembukaan oleh Kelantan.

“Ya Alhamdulillah. Kemenangan manis dalam perlawanan pertama musim ini, kemenangan di tempat lawan. Walaupun Kelantan tidak sekuat tujuh atau lapan tahun dahulu, tapi untuk menang di sini bukan mudah.

Advertisements

“Faktor penonton, faktor kita bermain waktu petang. Tapi setelah ketinggalan, pemain-pemain bangkit dan hasilnya kita dapat jaringkan dua gol,” jelas Irfan.

Dalam masa yang sama, Irfan juga terkejut dengan kemenangan yang berpihak pasukannya itu selepas melihat sejarah sebelum-sebelum ini, perlawanan pertama selalunya akan berakhir dengan keputusan seri.

Kuching City akan meneruskan kempen Liga Super dengan perlawanan kedua menentang Selangor FC pada 2 Mac depan di gelanggang sendiri sebelum melayan kunjungan Sabah FC selang empat hari kemudian.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram