Irfan Bakti Yakin Pan-gon Tak Pilih Pemain Tangkap Muat
Dunia
BERNAMA
Advertisements

Pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti bersikap positif apabila Pan-gon benar-benar mahu mencari pemain yang bernilai dalam pasukan kebangsaan.

Beliau berharap agar jurulatih baru skuad negara itu tidak memilih pemain dengan sambil lewa kerana perkara ini sangat penting bagi memperkuatkan lagi barisan skuad Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Irfan turut menegaskan tidak perlu ada unsur-unsur lain dalam pemilihan ini sekiranya ada ia bakal menjejaskan prestasi pasukan dan beliau mahu Pan-gon buat pilihan yang terbaik untuk negara.

Advertisements

“Pandangan saya pemain yang bakal dipilih oleh Pan Gon nanti biarlah mereka yang betul-betul berkualiti, bukannya sekadar tangkap muat sahaja.”

“Barisan jurulatih boleh menilai prestasi seseorang pemain dalam pentas Liga M ataupun menonton video mereka sebelum ini.”

“Perkara ini penting bagi memastikan skuad kebangsaan benar-benar mantap dan mampu bersaing dengan negara lain, jadi buatlah pilihan yang terbaik dan jangan ada unsur-unsur lain yang boleh menjejaskan pasukan kebangsaan,” kata Irfan Bakti kepada Arena Metro.

Advertisements

Sebelum ini, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menegaskan beliau akan melakukan pemilihan terbaik terhadap pemain yang bakal menggalas cabaran skuad Harimau Malaya bermula musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram