Irfan Fandi Buka Mata Asia, Tersenarai Dalam Kelompok Pertahanan Terbaik ACL
Dunia
BG Pathum United
Advertisements

Pertahanan tengah BG Pathum United, Irfan Fandi Ahmad tersenarai dalam kelompok pertahanan terbaik sepanjang saingan peringkat kumpulan kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Beliau telah turun membarisi kesebelasan utama pasukan sepanjang empat perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Keyakinan pengendali BG Pathum United, Makoto Teguramori untuk menurunkan Irfan ternyata membuahkan hasil apabila beliau menampilkan persembahan memukau ketika membantu pasukan layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Advertisements

Daripada keseluruhan empat perlawanan, pemain berusia 24 tahun ini berjaya memimpin benteng BG Pathum dengan mencatat rekod 3 perlawanan tanpa bolos dan 15 pintasan sempurna berjaya beliau hasilkan.

Anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad ini juga cemerlang mencatat rekod 100% hadangan bersih (Tackle Success Rate). 

Bintang sensasi Singapura ini semestinya akan terus menjadi taruhan BG Pathum United untuk konsisten mengawal kubu pertahanan pasukan dalam perlawanan mendatang.

Advertisements

BG Pathum United layak ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) setelah dinobatkan sebagai juara kumpulan G. BG Pathum United bakal bertemu Kitchee FC, sebuah pasukan dari Hong Kong dalam pusingan 16 terbaik pada bulan Ogos kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram