Irfan Fandi Dakapi Trofi Ke-4 Bersama BG Pathum United
Dunia
BG Pathum United
Advertisements

Pertahanan sensasi Singapura, Irfan Fandi Ahmad telah meraih sebanyak empat trofi bersama kelab gergasi Thailand, BG Pathum United.

Sejak Irfan melengkapkan perpindahan beliau pada 2019, pemain ini telah menjadi antara tunjang utama pasukan di bahagian pertahanan tatkala menjadi antara pemain yang sentiasa mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Antara kejayaan yang berjaya dirangkul pemain paling bernilai Singapura ini bersama BG Pathum United ialah menjuarai Thai League 2 pada 2019. Selain itu, pasukan yang mesra dengan jolokan The Rabbits ini turut menjuarai Thai League 1 untuk musim 2020-2021.

Advertisements

Tidak terhenti setakat itu, Irfan bersama pasukan berjaya mengekalkan gelaran Thailand Champions Cup yang pernah dimenangi mereka pada 2021. Thailand Champions Cup 2022 sah menjadi milik BG Pathum United setelah mereka menewaskan Buriram United dengan keputusan 3-2.

Konsistensi yang ditampilkan Irfan dalam setiap perlawanan pastinya akan terus ditagih pasukan menjelang aksi kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berdepan Kitchee FC pada 19 Ogos kelak.

Boleh dikatakan, perpindahan pemain berusia 24 tahun ini ke bumi Thailand adalah satu perpindahan yang berbaloi dan membanggakan. Setakat 85 penampilan bersama BG Pathum United, Irfan Fandi Ahmad telah meledak sebanyak tujuh gol dan menyumbang tiga bantuan gol buat pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram