Irfan Fandi Tolak Panggilan Singapura
MakanBola
FA Singapore
Sponsors

Pertahanan tengah pasukan kebangsaan Singapura, Irfan Fandi tidak akan menyertai skuad kebangsaannya menjelang aksi persahabatan FIFA Mac ini.

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), pemain berusia 25 tahun ini tidak dapat menyertai pasukan atas alasan tertentu.

Ad

Irfan memberi alasan peribadi berkenaan dengan komitmen kelab sekaligus menyaksikan beliau tidak akan beraksi dalam dalam dua perlawanan persahabatan pasukan menentang Hong Kong pada Khamis, 23 Mac dan Macau pada Ahad, 26 Mac.

Ad

Namun begitu, menurut ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya yakin dengan kemampuan sedia ada pemain untuk membawa cabaran pasukan.

“Saya mempunyai kepercayaan penuh terhadap skuad yang saya pilih, justeru saya tidak akan meminta sebarang pengganti.”

Ad

“Ini adalah peluang untuk pemain lain meningkatkan dan mempertaruhkan kemampuan mereka. Tumpuan penuh kami adalah kepada pemain yang bersama kami kerana kami menantikan dua perlawanan minggu ini,” jelasnya oleh FAS.

Ad

Khidmat anak lagenda Singapura, Fandi Ahmad ini sudah tentu ditagih oleh kelabnya yang kini melalui musim sukar di Thailand.

Ad

BG Pathum terpelosok di tangga ke-9 Liga 1 Thailand selepas hanya mencatatkan 8 kemenangan selepas 24 perlawanan musim ini.