Advertising
Terkini: Ismail Sabri Sebenarnya Penyokong Chelsea
Hiburan
MakanBola
Photo: Facebook Ismail Sabri Yaakob DS15 COMMS

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob kini sah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9 menggantikan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin.

Jika sebelum ini rakyat Malaysia memiliki Najib Razak yang menyokong Manchester United, kini Malaysia dikepalai oleh penyokong Chelsea.

Ad

Ismail Sabri tidak pernah merahsiakan pasukan yang beliau sukai malah berbangga menyokong Chelsea.

Ad

Beliau turut berkawan dengan penyokong Manchester United tanpa sebarang masalah.

Malah pada tahun 2014 beliau dengan tegas menjelaskan bahawa beliau adalah penyokong Chelsea.

Ad

“Nama saya Ismail Sabri Yaakob. Saya penyokong Chelsea Football Club!” Jelasnya di Facebook pada tahun 2014.

Ad

Adakah ini petanda Chelsea bakal menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini?

Ad

Walau apapun jawapannya, jangan jadikan bola sepak sebagai pemecah belah antara kita. Perbezaan fahaman politik hanyalah sementara dan bola sepak dan lain-lain sukan menyatukan kita.