Izham Tarmizi Sertai Sri Pahang Kerana Ikut Cadangan TMJ
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penjaga gol baru Sri Pahang, Izham Tarmizi Roslan mahu membuktikan bisanya belum pudar dan dia masih relevan untuk beraksi di pentas tertinggi bolasepak tanah air.

Dan pemain yang akan berusia 32 tahun pada April itu berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim (pemilik JDT) bukan sahaja kerana sudi melepaskannya secara pinjaman, tetapi dalam masa sama turut mencadangkan supaya menyertai Sri Pahang.

“Saya memilih jalan ini (keluar secara pinjaman) kerana fikirkan yang terbaik buat diri saya dan keluarga kerana mahu perbaiki minit permainan yang agak kurang dalam tempoh dua ke tiga tahun ini.

Advertisements

“Malah, saya bukan sahaja mencari kembali rentak terbaik semasa di Sri Pahang tetapi cuba memburu kembali tempat dalam pasukan kebangsaan.

“Namun saya sedar bukan segalanya mudah apabila tiba ke sini dengan jaminan sudah berada dalam kesebelasan utama kerana saya tetap akan berusaha di dalam latihan.

Advertisements

“Sebagai pemain profesional, saya tidak boleh terlalu memikirkan perbezaan antara JDT dan Sri Pahang kerana tujuan saya ke sini adalah mahu mendapat pengalaman baharu dalam karier.

“Saya juga mahu beri penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang sudi melepaskan saya, dan beliau jugalah nasihatkan saya supaya memilih Pahang musim ini dalam usaha menimba lebih banyak pengalaman bersaing dalam Liga Malaysia yang kini semakin mencabar, dan akhirnya kata putus berjaya dicapai antara kedua-dua pasukan,” ujar Izham Tarmizi.

Advertisements

Baca Juga : Sri Pahang Sambar Khidmat Lucas Silva dan John Glassock

Pemain berasal dari Terengganu ini berpengalaman bermain dengan skuad B-23 (Harimau Muda) dan senior kebangsaan, malah pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2011.

Advertisements

Izham Tarmizi menyertai JDT pada 2014 dan membantu skuad Harimau Selatan menjulang pelbagai kejuaraan namun mendapati ianya sukar untuk memecah masuk ke dalam kesebelasan utama sejak beberapa tahun kebelakangan malah dia lebih banyak diletakkan di JDT II.

Mengenai potensi Sri Pahang, Izham Tarmizi mengakui skuad Tok Gajah ada kelebihan tersendiri dan mempunyai keyakinan penuh pasukan itu boleh memberikan tentangan sengit.

“Sejak saya menyertai latihan beberapa hari dengan Sri Pahang, saya agak kagum dengan kerjasama yang diberikan semua pemain termasuk bakat-bakat muda yang baharu dinaikkan dari Piala Presiden.

“Situasi ini sesuatu yang baik kepada pasukan kerana memudahkan perancangan jurulatih terutama dalam soal pelaksanaan taktikal menjelang musim baharu ini,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram