EPL U18: Jaami Qureshi Jaringkan 1 Gol, 1 Bantuan Gol Buat Pasukan Brighton Menentang Southampton
Dunia
Brighton
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia, Iraq kelahiran England, Jaami Qureshi berjaya mempamerkan aksi bertenaga dalam satu aksi Liga Perdana Inggeris Bawah 18 Tahun di Pusat Prestasi Elit American Express, Selatan London.

Jaami Qureshi bermula baik dengan jaringan cantiknya seawal minit ke-3 selepas menerima hantaran J. Duffus.

Southampton walaubagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-14 menerusi jaringan Luke Pearce.

Advertisements

Jaami Qureshi sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan pelawat selepas hantarannya kepada rakan sepasukan berjaya disudahkan Jake Gee 4 minit sebelum separuh masa pertama tamat sekaligus memberikan kelebihan 2-1 buat pasukan Brighton.

Luke Pearch sekali lagi menjaringkan gol buat Southampton sebelum wisel separuh masa pertama ditiup pengadil perlawanan.

Jaami Qureshi digantikan Marcus Ifill pada minit ke-56 dan perlawanan berkesudahan dengan pasukan Southampton menang 3-4 menentang Brighton.

Advertisements

Jaami Qureshi sebelum ini yang dikaitkan untuk menyertai pasukan bawah 23 tahun Malaysia memberikan bayangan bakal menyertai skuad Iraq selepas bapanya mendakwa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menunjukkan minat terhadap Jaami.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram