Dunia
Jaami Qureshi
Advertisements

Pada tahun lalu terdapat desas-desus pemain kacukan negara, Jaami Qureshi akan menyarung jersi pasukan kebangsaan Iraq namun berkemungkinan besar perkara itu tidak akan berlaku.

Bekas pemain kelab England, Brighton & Hove Albion ini difahamkan berada di Malaysia untuk melengkapkan proses dokumentasi pasportnya yang membolehkan pemain muda berusia 18 tahun itu berpotensi untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Menerusi satu ciapan Syafiq Freman di laman twitternya mendedahkan bahawa Jaami Qureshi dijangka bakal menyelesaikan dokumentasi passportnya dalam masa terdekat akan tetapi beliau akan kekal beraksi bersama kelab di England.

Advertisements

Jaami dan ayahnya Perviz Qureshi dijangka akan berjumpa dengan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada esok (Khamis) untuk melalui satu sesi perbincangan.

Manakala tinjauan di laman instagram rasmi Jaami, pemain itu telah memuat naik satu gambar bersama dengan pemain-pemain negara iaitu Akhyar Rashid dan Mohamadou Sumareh. Gambar itu menguatkan lagi desas-desus Jaami bakal mewakili skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Jaami Akhyar Sumareh Jaami Qureshi Akan Lengkapkan Proses Kerakyatan Malaysia, Kekal Beraksi Di England
Kredit: Instagram Jaami Qureshi

Untuk musim 2021/2022, Jaami telah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris Bawah 18 untuk Brighton. Beliau sudah bermain 13 perlawanan dengan berjaya mencetak dua gol serta menyumbang dua bantuan gol.

Advertisements

Jaami merupakan pemain yang beraksi posisi sayap kiri. Untuk pengetahuan, Jaami Qureshi boleh beraksi untuk tiga negara iaitu Iraq (negara bapnya), Malaysia (negara ibunya) dan juga England dimana tempat Jaami dilahirkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram