Jaami Qureshi Tertarik Dengan Taktikal Kim Pan-gon

jaami qureshi 3 Jaami Qureshi Tertarik Dengan Taktikal Kim Pan-gon
Foto: Jaami Qureshi
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Bekas pemain kelab Brighton & Hove Albion, Jaami Qureshi menzahirkan minatnya untuk mewakili Malaysia dan menyarung jersi Harimau Malaya.

Beliau yang sudahpun bertemu dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah ditemubual oleh Astro Arena.

Advertisements

Jaami menjelaskan beliau telah menghadiri dan menyaksikan dua perlawanan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada kelmarin.

“Daripada dua perlawanan terbaru yang saya saksikan, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah melakukan satu perubahan baharu buat corak permainan Malaysia.”

Advertisements

Menurut Jaami, beliau tertarik dengan corak permainan yang ditampilkan skuad kebangsaan di bawah kendalian pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.

“Semestinya, Itu juga menjadi salah satu sebab minat saya untuk bermain bersama skuad kebangsaan,” ujar Jaami kepada Astro Arena.

Advertisements