Advertisement
Jablonec Tamatkan Deretan Kekalahan, Tewaskan Dynamo
Dunia
MakanBola
FK Jablonec

Kelab diwakili pemain warisan Malaysia Dion Cools, FK Jablonec menamatkan penderitaan tiga kekalahan liga berturut-turut dengan menewaskan Dynamo 3-0 di halaman sendiri.

Seawal minit ke-7 Jablonec hampir-hampir mendahului perlawanan namun rembatan Polidar berjaya diselamatkan penjaga gawang Dynamo.

Pavel Sulc memecah kebuntuan perlawanan menerusi jaringan cantiknya pada minit ke-29 sekaligus memberikan kelebihan buat Jablonec.

Bersambung babak ke-2, Jablonec menggadakan kelebihan menerusi 1 jaringan penalti pada minit ke-76 dan satu jaringan pada masa kecederaan oleh Michal Cernak.

Sementara itu, Dion Cools diberikan peranan penting dengan beraksi penuh 90 minit perlawanan sekaligus kekal berada dalam kesebelasan utama sejak menyertai kelab Czech tersebut pada September lalu.

Selepas 14 perlawanan liga, Jablonec kini berada di kedudukan ke-10 Liga Utama Czech dan berjaya memcatatkan 4 kemenangan, 4 seri dan 6 kekalahan.

Jablonec bakal bertandang ke Stadium Andruv pada 5 November ini bertemu lawan yang lebih sukar, Sigma di tempat lawan.