Ads
Jadual 4 Aksi Liga Super Dipinda
Liga Super
MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pindaan membabitkan empat perlawanan Liga Super.

Advertisements

Aksi membabitkan Terengganu FC dan Selangor FC yang sepatutnya berlangsung pada 21 September kini berlangsung pada 28 September.

Advertisements

Selain aksi menentang Merah Kuning, tarikh aksi Sang Penyu dengan PDRM FC turut diubah. Kedua-dua pasukan yang sepatutnya berentap pada 29 September kini bakal bertemu pada 4 Oktober ini.

Advertisements
Advertisements

Sementara itu, Perak FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) turut mengetahui tarikh terbaru membabitkan aksi tertunda mereka di Stadium Perak.

Kedua-dua pasukan sebelum ini bertemu pada 17 Ogos lalu. Walau bagaimanapun, faktor hujan lebat dan padang Stadium Perak yang digenangi air memaksa perlawanan ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan diumumkan.

Advertisements

Kini, MFL mengumumkan tarikh untuk aksi tertunda The Bos Gaurus dan Harimau Selatan bakal berlangsung pada 5 Oktober ini. Perlawanan bakal berlangsung pada waktu baharu iaitu jam 8.15 malam.

Manakala aksi membabitkan Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Likas pada 28 September ini akan ditunda ke satu tarikh yang akan dinyatakan.

Keputusan ini dibuat susulan kerja-kerja penyelenggaraan dan penaiktarafan padang yang sedang dijalankan di Stadium Likas.

Selain perubahan tarikh perlawanan, MFL turut meluluskan permohonan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 22 September ini.

Permohonan tersebut dibuat pengurusan Kelantan DN kerana kerja-kerja penaiktarafan padang Stadium Sultan Muhammad IV sedang giat dijalankan.

Advertisements

Pengurusan Kijang Emas turut memaklumkan semua kerja di Stadium Sultan Muhammad IV dijangka siap pada pertengahan Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram