Advertisements
Jafri Chew Ubah Posisi Demi Selamatkan Karier
Dunia
MakanBola
Ihsan Penang FC

Pemain Penang FC, Jafri Firdaus Chew komited untuk terus kekal sebagai bek kanan demi kariernya untuk lebih banyak beraksi dalam kesebelasan utama.

Bekas pemain kebangsaan B-23 ini mengakui ianya tugas berat kerana mengubah posisi kegemaran dari penyerang ke pertahanan kanan.

“Satu tugasan yang berat kerana di belakang kita adalah penjaga gol, Saya harap dapat lakukan terbaik dan kekalkan momentum sebagai bek kanan.

“Saya akan kekal posisi ini kerna kita tahu posisi penyerang akan selalu diisi oleh pemain import, saya akan lebih banyak belajar lagi untuk jadi bek kanan yang terbaik,” kata Jafri dipetik daripada Astro Arena.

Jafri Chew sudah dua kali diturunkan dalam kesebelasan utama sebagai bek kanan ketika menentang Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta’zim pada musim ini.

Jurulatih Penang, Dato’ Zainal Abidin Hassan merupakan individu yang bertanggungjawab mengubah posisi asal Jafri dan beliau yakin Jafri mampu menjadi pertahanan yang terbaik di masa akan datang.