Jalan Berbeza Hairuddin Omar & Tomislav Steinbrückner Di Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Impak yang dibawa oleh pengendali muda Terengganu II, Hairuddin Omar semakin mendapat perhatian apabila pasukannya mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan.

Kemampuan untuk individu yang lebih mesra dikenali sebagai Hai-O ini merupakan cerita yang berbeza dengan seorang lagi pengendali Terengganu, Tomislav Steinbrückner.

Pengendali berusia 43 tahun itu cemerlang menggalas tanggungjawab untuk memacu cabaran skuad muda Peteh yang beraksi dalam Piala MFL musim ini.

Advertisements

Beliau jelas berjaya menyuntik moral pasukan dengan cukup baik apabila Terengganu ll kini berada di puncak liga.

Beraksi sebanyak 5 perlawanan, mereka terus mempamerkan kualiti untuk mencabar tangga teratas dengan barisan pemain muda berkualiti terus menjadi sandaran Hai-O.

Advertisements

Setakat ini, kemenangan 1-0 menentang pasukan muda Sabah menyaksikan mereka mencatat 5 kemenangan berturut-turut musim ini dan berada di puncak liga.

Ketajaman penyudah barisan serangan yang diketuai oleh Muslihuddin Atiq dan Isa Rahman telah memberi impak yang cukup baik dengan hanya satu bolos setakat ini.

Advertisements

Namun begitu, skuas utama Terengganu jelas masih mencari rentak sungguhpun berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas Kelantan United untuk melonjak ke tangga ke-8 Liga Super dengan 7 mata.

Sentuhan Hairuddin Omar dijangka terus memacu Terengganu ll untuk mendominasi saingan Piala MFL dan sinar baharu dilihat sudah mula muncul daripada pasukan bimbingan Tomislav Steinbrückner bagi meneruskan musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram