Jamal Nasir: Pengadil Dah Buat Yang Terbaik
Dunia
NSTP
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat tindakan awal berhubung dengan beberapa isu yang membabitkan pengadil sepanjang hari perlawanan 3 Liga Super 2022 yang telah berlangsung pada Selasa dan Rabu yang lepas.

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir dilihat tidak setuju dengan kritikan terus menerus kepada pengadil kerana mereka juga kadang-kadang perlu buat keputusan yang segera bagi sesuatu insiden yang berlaku.

Beliau juga menjelaskan pengadil sudah buat yang terbaik bagi mengadili kedua-dua pasukan ketika perlawanan. Namun, Jamal menyifatkan liga ini belum sampai lagi ke tahap yang terbaik untuk membuat keputusan jika keadaan seperti itu berlaku.

Advertisements

“Kita tak boleh nak cakap pengadil Malaysia ni tiada kualiti, mereka juga manusia biasa yang melakukan kesilapan kadang-kadang mereka kena buat keputusan yang sangat pantas.”

“Pada pendapat saya, pengadil dah buat yang terbaik, tapi kita punya liga pun belum sampai lagi ke tahap yang terbaik jadi bila keadaan itu berlaku, maka semua sekali baik pengadil atau pengurusan, masih lagi belum berada di tahap terbaik.”

“Benda ni tak boleh nak salahkan satu pihak sahaja,” katanya kepada Majoriti.

Advertisements

Selepas ini, Jamal berharap agar para peminat bola sepak tempatan dapat memberi sokongan kepada pengadil supaya mereka dapat menjalankan tugas tanpa tekanan dari luar padang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram